PETALING JAYA :  Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap pelakon, Sofi Jikan selepas didapati bersalah atas pertuduhan membabitkan penyalahgunaan dadah.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Bagaimanapun, perlaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan selepas mahkamah sama membenarkan permohonan peguam bela tertuduh, Datuk Haniff Hassan.

Pada 13 Februari 2018, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11 – nor delta-9 tetra hydrocannabinol-9) ke dalam badannya di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, jam 11.15 malam pada 6 Februari 2018.

Pada 13 Mei lalu, Mahkamah Majistret mengarahkan pelakon filem Rock OO itu membela diri atas pertuduhan tersebut.

 

– UTUSAN ONLINE