KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen yang membolehkan beliau diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan ketika ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin di sini, sebentar tadi.

“Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen),” katanya.

Beliau berkata, gabungan ini akan membentuk kerajaan dan PAS akan menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama Muafakat Nasional (MN).