Oleh:Nazialita Geynna Maharan

 

GERIK: Menteri Besar Perak,YAB MB Ahmad Faizal Azumu mengharapkan sokongan telus daripada pihak institusi pengajian tinggi (IPT) yang berminat untuk menjalinkan sinergi menaiktaraf pendidikan masyarakat Orang Asli dan luar bandar.

Katanya,buat masa ini pihaknya sedang merangka pelan terbaik menghubungkan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan swasta untuk meningkatkan prestasi akademik generasi muda di kawasan pedalaman.

Justeru, beliau berharap sebuah usahasama dapat dilaksanakan bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan IPTA/IPTS seluruh negara untuk jihad murni pendidikan itu.

“Ini yang akan saya gerakkan, saya sendiri akan menghubungi pihak-pihak IPT. Mereka boleh samada datang ke sini pada cuti semester untuk mengajar anak-anak Orang Asli ini.

Contohnya,baru-baru ini pihak Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang menunjukkan minat ke RPS Pos Legap di Sungai Siput, pastinya mereka akan kagum dan terkejut dengan keadaan di kampung ini,”katanya dalam sebuah sidang media di Kampung Semelor, dekat sini yang merupakan kampung dibantu secara efisien oleh Yayasan Emkay,sejak 10 tahun lepas.

Merujuk kepada pembinaan Pusat Komuniti Bestari Samsung di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Legap di Sungai Siput, Ahli Parlimen Tambun itu berkata pihaknya kini berusaha giat menarik minat GLC dan swasta untuk tujuan pembangunan Orang Asli.

Jelasnya, beliau akan menghubungi naib-naib canselor IPT seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas yang dilihat antara IPT yang aktif menjalankan CSR khususnya di kawasan pendalaman seluruh negeri.

“Ini adalah satu CSR (Yayasan Emkay), yang amat baik, sambil kita bangunkan negara dan kita majukan masyarakat, kita juga buat dapat berbuat pahala,”ujarnya.

1/5