IPOH: Ratusan ahli Kelab Penyokong The Bos Gaurus berhimpun di Stadium Perak untuk memberi semangat dan sokongan moral buat pasukan itu menentang JDT, malam esok.
Presiden PAFA Fan Club, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Syibi berkata, sejarah pada tahun 2007 mungkin berulang, apabila Perak bertemu Kedah di perlawanan akhir Piala Malaysia.
“Kami mengharapkan skor sekurang-kurangnya 3-0 bertemu JDT ahad ini di Ipoh, bekalan skor itu lebih selesa untuk di bawa ke perlawanan menentang JDT di Johor pula.
“Tidak mustahil sejarah pada tahun 2007 berulang kerana pasukan Kedah mungkin ke final tetapi kali ini kalau boleh kita pastikan Piala Malaysia berpihak pada Bos Gaurus,” katanya kepada pemberita di Stadium Perak, di sini.
Kehadiran penyokong dari kelab peminat The Bos Gaurus yang hadir menyatakan sokongan kepada pasukan itu dijangka memuncak pada Ahad ini.