Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Sejumlah 75.46 peratus daripada 1.47 juta pengundi biasa berdaftar di Perak menunaikan amanah untuk menentukan kerajaan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sehingga pukul 7 petang tadi,menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Menurut SPR, keputusan kiraan pengundi yang keluar mengundi itu telah dikira sehingga tamat masa mengundi pada jam 5 petang tadi.

Menurut SPR, pada 9 Mei ,sebanyak 2,815 saluran telah dibuka sejak jam 8 pagi tadi sehingga 5 petang dengan 11,260 petugas SPR telah ditempatkan untuk mengawal dan menguruskan proses pemilihan kali ini.

Hari ini, Perak menyaksikan lebih 1.47 juta rakyat Perak diberikan mandat untuk memilih calon masing-masing di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pada PRU-13, Barisan Nasional telah memenangi 31 kerusi DUN manakala 24 baki kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan di mana 18 milik DAP, PKR (5) dan Amanah (1) sementara Pas empat kerusi.

Untuk Parlimen, BN Perak mempunyai 13 kerusi ketika ini selepas Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mewakili BN menang Pilihan Raya Kecil(PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014 manakala pembangkang 11 kerusi.

BERITA BERKENAANNama Pengundi Digunakan Pihak Lain