KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara.

Individu pertama bernama Mohamed Redzuan Adamshah, 43, yang mempunyai alamat terakhir di No.1E, Crescent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields.

Individu kedua pula adalah Toh Lean Seng, 45, alamat terakhir di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua individu ini kita kesan selepas fail siasatan mengenai SRC International Sdn Bhd dibuka pada tahun 2015 dan Redzuan juga dikesan memiliki sebuah syarikat pengurup wang,” katanya.

Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757 atau emel kepada roslihusain@sprm.gov.my – berita harian