KUALA LUMPUR – Seorang peguam kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam terkenal bergelar Datuk itu pada mulanya hadir ke SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan sebelum ditahan di lokap agensi penguat kuasa itu pada pukul 4.15 petang.

Beliau juga pernah menjadi peguam bagi kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut sumber, beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Sebelum itu, pada September tahun lepas, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga didakwa empat pertuduhan melibatkan wang RM9.5 juta.- MalaysiaGazette