KUALA LUMPUR: Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Kontinjen Kuala Lumpur akan mengadakan jualan lelong kenderaan polis pada 22 Februari ini.

 

Menurut Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelongan kali kedua itu akan diadakan di perkarangan bengkel Cawangan Pengangkutan StaRT dekat Jalan Pudu bermula jam 8.30 pagi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Asisten Superintendan Azizul Fadhli Zulkifli di talian 019-8494786 atau Asisten Superintendan Rozmi Wan Salim di talian 012-3773169.

-bharian