KAMPAR: Kemajuan sains dan teknologi boleh menyumbang kepada kebaikan dan berupaya menjadi ancaman kepada sektor pekerjaan dunia.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, bagaimanapun ia bergantung kepada kawalan dan pengurusan efektif terhadap teknologi baru bagi mengimbangi teknologi yang kian berkembang.

343748b4-ca39-4005-9dd1-fbebc26ad7c5“Inilah sebabnya mengapa pembuat dasar, undang-undang dan pendidikan khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sangat penting.

“Ini memerlukan perbincangan awam dan perbincangan dasar yang lebih meluas mengenai semua isu berkaitan, termasuk aspek yang lebih mencabar berkaitan dengan kawalan dan peraturan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan program Kem Sains Asia (ASC) 2017 di Dewan Tun Dr. Ling Liong Sik di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di sini, hari ini.

35e01a90-cb8a-4b4e-8da6-3e4b5d81634f

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Presiden UTAR, Ir. Prof. Datuk Dr. Chuah Hean Teik dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kem Sains Asia, Ir. Datuk Hong Lee Pee.

Titah baginda, penyelidik dari MIT iaitu Brynjolfsson dan McAfee berpendapat bahawa kemajuan semasa dalam Artificial Intelligence (AI) dan bidang lain mungkin memberikan peningkatan mental terhadap manusia, sebagaimana yang diperoleh dari revolusi perindustrian.

“Perubahan itu begitu radikal sehingga sesetengah individu dalam industri percaya bahawa industri kereta semasa akan terhenti dalam masa dua dekad dan berjuta-juta pekerjaan di seluruh dunia hilang.

“Namun, dari sudut lain, ia juga memberi kebaikan dalam merancakkan pembuatan kereta yang lebih canggih dan mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil di masa hadapan,” titah baginda.

0c1d99a5-1c57-4f60-ba43-3d9b867557b8ASC 2017 merupakan kem edisi ke-11 yang dianjurkan oleh Pesta Kejuruteraan dan Sains Kuala Lumpur (KLESF) di UTAR Kampus Kampar.

Kem sains tahunan itu bertujuan untuk mendalami bidang STEM dalam kalangan belia Asia serta memberi pendedahan mengenai STEM menerusi interaksi bersama tokoh berkaitan.

Dua tokoh Nobel Laureate, ahli saintis serta ahli teknologi hadir bagi berkongsi pandangan dan pengetahuan mereka bersama lebih 340 peserta dari 30 negara termasuk Malaysia.

440d3871-b760-453e-ba32-e8327b125386
Kem yang berlangsung selama seminggu ini bermula dari 20 hingga 26 Ogos 2017.