Puchong: Suami isteri maut disambar petir di taman permainan di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 57 dan 59 dikatakan beriadah di taman berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Superintenden Lee Wai Leong berkata, mereka ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam.

“Seorang daripada mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala. Pasukan perubatan yang ke lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

“Siasatan di lokasi mendapati mangsa disambar petir,” katanya.

-myMetro