SULAWESI BARAT, INDONESIA – Seorang guru wanita maut ditetak suaminya kerana cemburu dan berang dengan keengganan mangsa melakukan hubungan seks, lapor Rakyatku News.

Dalam kejadian jam 11 pagi 7 Mac, Selasa, mangsa, Ainun Safitri, 28, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Dusun Baruga, Kecamatan Bambaira, Mamuju Utara, Sulawesi Barat, Indonesia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengajar.

Tiba-tiba mangsa didatanginya suaminya, Mohamad Amin, 34, yang membawa parang dan terus menetak mangsa bertubi-tubi dan membabi buta. Mangsa cuba menahan serangan dari suspek yang seperti sudah hilang akal, mengakibatkan pergelangan tangan kanannya terputus.

Mangsa cedera parah di bahagian leher, punggung dan tangannya akibat ditetak.

17190835_254926611628429_8505042498687905507_n

17191331_424522561224641_4193433997588222487_n-768x432