PARIT BUNTAR – Suasana gembira empat rakan mandi manda di kawasan tali air di Kampung Tepi Sungai Dennistown di sini pagi Jumaat, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai lemas.

Mangsa dikenali sebagai R. Arihaaran, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, PBK II Shahru Nizam Murad berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa dipercayai lemas di lokasi kejadian kira-kira jam 11.18 pagi daripada seorang saksi.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila saksi yang sedang memikat burung terlihat kelibat tiga remaja sedang melihat dalam tali air sambil menjerit meminta tolong.