BUKIT CHANDAN – Cuaca hujan dan mendung mengiringi majlis bacaan surah Yaasin bagi mendoakan keselamatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad.

Sebahagian penduduk setempat yang hadir pada majlis bacaan yasin

yang turut disertai Maslin Sham dan Mohamad Kamil, petang tadi

Majlis bacaan Yaasin itu turut dihadiri Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Adun Manong, Mohamad Kamil Shafie.

Turut hadir adalah puluhan penduduk tempatan yang turut mendoakan keselamatan wakil rakyat mereka.

Majlis tersebut diadakan di perkarangan rumah ibu Wan Mohammad Khair-Il Anuar di sini, petang tadi.

Suasana pilu turut menyelubungi majlis tersebut apabila ada di kalangan penduduk tidak dapat menahan sebak apabila doa dibacakan.

Malah, Maslin Sham juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik majlis selesai.