KUALA LUMPUR: Nama Fatin Nurfatehah Mat Salleh sudah mula bermain di bibir peminat-peminat sukan tanah air sebagai salah seorang yang bakal meraih pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tidak asing lagi dalam sukan memanah di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa, hari ini Nur Fatehah mampu meraih pingat gangsa dalam acara memanah wanita selepas menewaskan pemanah dari Indonesia, Dellie Threesyadinda.

Astro AWANI ingin merakamkan ucapan tahniah kepada skuad memanah negara yang telah beraksi petang Rabu.

Biodata Fatin Nurfatehah:

Terlibat secara aktif sejak umur yang muda, ratu memanah negara ini merupakan harapan negara dalam acara memanah Sukan SEA 2017 yang membuka tirai pada hari ini.

1. Fatin yang berasal dari Kota Kinabalu, terjebak dalam acara sukan recurve pada usia seawal 10 tahunl

2. Fatin tidak kenal siapa itu ‘Robin Hood’ apabila ibunya melontarkan pertanyaan “kamu hendak jadi Robin Hood?” kepadanya;

3. Apabila melihat ketangkasan Robin Hood buat kali pertama, dalam siri kartun, beliau terpegun melihat Robin memanah kerana setiap bidikannya menepati sasaran dan seterusnya mengambil kisah dongeng tersebut menjadi idola bagi mengasah bakat memanahnya.

4. Beliau menempuh cabaran apabila didiagnoskan dengan penyakit tulang, skoliosis dan slip disc yang dipercayai menganggu prestasinya

5. Fatin tidak berputus asa malah menceburi kategori compound di mana beliau belajar menerusi YouTube dan buku.

6. Fatin muncul unggul di Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 di Terengganu apabila beliau meraih dua pingat emas dalam acara memanah compound tanpa bimbingan jurulatih;

7. Pemanah muda yang kini berumur 26 tahun ini berkedudukan 52 di dunia;

8. Beliau pernah mengungguli kedudukan dunia menerusi tangga ke-27 (Julai 18 2015);

9. Fatin merangkul tiga pingat emas pada Temasya Sukan SEA ke-28 di Singapura dua tahun lalu;

10. Beliau juga membantu kontinjen memanah negara secara keseluruhan memunggut lima emas, empat daripadanya menerusi acara compound pada temasya yang sama di Singapura.

11. Beliau turut memenangi pingat emas berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia 2015 di Shanghai, China.

12. Dalam Temasya Sukan SEA baru-baru ini, beliau mencipta rekod baru Sukan SEA dan kebangsaan selepas mencatat pungutan mata berjumlah 696 di peringkat kelayakan acara compound individu saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

-AstroAwani