IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

9cd71cd2-effe-4f06-a68c-a1f84fc8b46c  bc4bc03c-72f8-4fbb-81e9-bd4feb4b2502

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Nayan, barisan Exco kerajaan negeri dan Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Hasnan Hassan.

Sambutan bermula kira-kira jam 9 pagi dengan keberangkatan Sultan Nazrin, dikuti dengan lagu kebesaran negeri Perak dan Kawalan Kehormatan Utama
yang terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 102 anggota Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta.

258f9878-edc7-41fb-8588-5ec8b4787244

Sambutan diteruskan dengan tiupan ‘Last Post’ diiringi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang diturunkan.

Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Muzzaffar Syed Azlan kemudiannya mengetuai bacaan doa diikuti deklamasi sajak bertajuk Pahlawanku oleh Koperal Kamarulzaman Mat Rashid dari IPD Tapah.

Jalur Gemilang kemudiannya dinaikkan semula sambil diiringi tiupan ‘Rouse’.

Sambutan di Dataran Bangunan Perak berakhir dengan lagu kebesaran negeri Perak dan keberangkat Sultan Perak serta dif-dif jemputan ke majlis santapan di Dewan Bankuet.