IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Pertandingan Akhir Pidato DiRaja, program tahunan Menyemai Semangat “Kesetiaan Kepada Raja” di Auditorium Perak FM, di sini, pada Sabtu. Ia diadakan bersempena dengan ulang tahun tahun hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Datuk Gazali Jalal dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan
negeri YB Dr Abdul Aziz Bari. Baginda menyaksikan enam peserta berpidato dalam pertandingan akhir
untuk peringkat Menengah Atas yang dijalankan serentak bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Program anjuran bersama Pejabat Sultan Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini meliputi pertandingan Pidato DiRaja, Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, Pertandingan Mencipta Puisi, Pertandingan Melukis Karikatur dan Pertandingan Melukis Poster.

Ia terbuka kepada semua murid dan pelajar di negeri ini bertujuan menimbulkan kefahaman secara menyeluruh mengenai peranan institusi DiRaja di Negara ini. Pertandingan Pidato DiRaja peringkat zon telah dilaksanakan pada 1 Julai lalu. Seorang pemidato terbaik dari setiap zon didpilih untuk mewakili zon masing-masing ke pertandingan peringkat saringan akhir pada 17 Julai lepas.

Pemidato dari SMK Convent Teluk Intan daerah Hilir Perak, C.`1 Gaiyethry Muncul juara bagi kategori Sekolah Menengah Atas Bahasa Inggeris manakala Pemidato SMK Proton City daerah Muallim Muhammad Irfan Hamzah menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah Atas Bahasa Melayu. Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang mengambil bahagian dalm ke semua pertandingan yang dianjurkan kali ini.

Para pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM750, piala dan sijil penyertaan, tempat kedua wang tunai RM600, piala dan sijil dan tempat ketiga wang tunai RM500, piala dan sijil.