IPOH: Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri perlawanan separuh akhir Perak vs JDT pada malam Ahad di Stadium Perak.
Mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Para penyokong bola sepak mula memenuhi setiap ruang Stadium Perak dekat sini seawal pukul tujuh malam untuk bersama menyaksikan perlawanan antara pasukan Southern Tigers dan Bos Gaurus.

Malah, suasana semakin tegang dan meriah 10 minit sebelum perlawanan menyaksikan sorakan kelab peminat dari setiap daerah di stadium untuk perlawana separuh akhir JDT vs Perak pada malam Ahad ini.

Para pegawai dan anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berjaga kawal di setiap pintu masuk serta kawasan tempat duduk stadium bagi ketenteraman dan keselamatan sepanjang perlawanan.

Kali terakhir Perak berdepan Johor untuk pusingan Separuh Akhir Piala Malaysia adalah pada 2011.

Kejor yop kejor!