KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini, hari ini.

Ketibaan baginda disambut dengan persembahan Wind Orkestra dan lagu negeri yang dipersembahkan oleh pelajar MCKK di Auditorium Tun Abdul Razak.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Dalam majlis itu, baginda menyampaikan sijil kecemerlangan kepada para pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2016 termasuk 12 kategori Anugerah Khas.

sultan-nazrin-mckk

Antara kategori yang terlibat ialah Anugerah Carey, Anugerah Hasanal Bolkiah, Anugerah Pengetua, Anugerah Malay College All Black (MCOBA), Anugerah Kepimpinan dan Anugerah PIBG.

Turut disampaikan Anugerah Panitia Cemerlang bagi subjek Bahasa Inggeris dan Fizik kepada sembilan orang panitia MCKK.

Sementara itu, baginda menyampaikan anugerah penghargaan kepada 14 orang guru Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB).

Selesai acara, baginda berkenan mengunjungi Pameran Hasil Pencapaian Cemerlang dan Inovasi pelajar kolej berkenaan di lobi dewan khususnya dalam bidang robotik.