IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak di Hotel Weil, di sini pada Selasa.

Turut mengiringi Baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di samping kehadiran Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu.

Yang turut sama, para pemimpin negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi negeri selain pelanggan utama TNB, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta warga kerja TNB Perak.

Dalam majlis sama, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara menyempurnakan penyerahan sumbangan daripada TNB kepada 40 orang anak-anak yatim, lapan orang balu dan 12 orang anak-anak kelainan upaya.

Hadirin juga dihidangkan dengan sajian tradisi hari raya Aidilfitri, di samping selingan persembahan dari artis tempatan kelahiran Perak.