IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan modul kurikulum kelas pengajian takmir masjid dan surau serta kod etika guru takmir negeri Perak, yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pelancaran disempurnakan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2017M/1439H di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Jumaat.

51bc1532-cbb5-41f5-8a6b-4e2da39dff3eTurut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

59fbd08e-de1f-4a9e-b501-10d1a1c43c4bPada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 27 anugerah kecemerlangan dan 38 penerima sijil pengajian Masjid Negeri Perak.

Baginda turut menyampaikan penghargaan kepada 25 hafiz muda daripada beberapa maahad tahfiz di negeri ini yang menghafaz 30 juzuk al Quran.

Sementara itu, Mohd Yusop ketika ditemui berkata, modul kurikulum yang dilancarkan itu adalah antara usaha JAIPk untuk melakukan transformasi terhadap pengajian agama di masjid dan surau supaya lebih sistematik.

“Jika sebelum ini kelas-kelas agama yang diajar oleh guru takmir tidak ada sukatannya tetapi kita mahu mentransformasinya supaya lebih sistematik dan tersusun,” katanya.

f988e869-f8b0-4340-91e2-bc3e957371e0Beliau memberitahu, setakat ini terdapat 386 guru takmir di seluruh negeri, yang masing-masung mengajar sekurang-kurangnya lapan kali sebulan.

Dalam pada itu, Mohd Yusop berkata, 38 penerima sijil pengajian Masjid Negeri Perak adalah kumpulan pertama yang mengikuti pengajian di Masjid Negeri selama tiga tahun.

c6728864-93af-4ddd-afc0-07422e7f32374413fecb-eff1-4226-8985-e818e6bcecc4

“Kita juga mahu menjadikan masjid sebagai tempat pembelajaran seumur hidup dan insya Allah ia akan diperluaskan ke masjid-masjid lain,” ujarnya.