LENGGONG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Lenggong, di sini pada Khamis.

c4a9364f-187c-4667-b5d3-370913a4d2e7

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

 

fa3fef96-0e55-44db-a4d6-d26c4813dd04

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Dr Subramaniam berkata, klinik yang mula ppberoperasi sejak Februari 2014 itu dibina bagi memperkasakan lagi perkhidmatan Sembilan klinik desa sedia ada di kawasan berkenaan.

a3348736-711f-4261-baa6-3205d476f635

“Klinik ini menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar, rawatan kecemasan 24 jam, penjagaan kesihatan ibu dan anak serta pelbagai lagi, bagi memberi kemudahan kepada 25,000 penduduk Lenggong.

“Sejak ianya mula beroperasi, penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh lebih ramai pesakit, contohnya klinik ini menerima kedatangan 650 pesakit di perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat secara bulanan,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Menurut Dr Subramaniam, penubuhan klinik itu juga telah mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di negara berada di tahap terbaik serta bertaraf antarabangsa.

“Di Perak, sehingga kini mempunyai 15 buah hospital, 5 daripadanya adalah hospital berpakar, 82 buah klinik kesihatan, 70 klinik pergigian, 11 buah klinik kesihatan ibu dan anak, 233 buah klinik desa dan 25 buah klinik 1Malaysia.

“Kementerian kesihatan turut menyediakan perkhidmatan bas khas klinik bergerak 1Malaysia dan 10 pasukan bergerak Orang Asli serta sebuah pasukan doktor udara,” ujar beliau.