SERI ISKANDAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Mahkamah Syariah Seri Iskandar yang terletak di Bandar Baharu Seri Iskandar di sini, hari ini.

55381ab6-d2e2-480e-8400-505b2302c8df

16bae40d-9077-4414-a1e7-ff74da56b29cTurut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Hakim Syarie, Datuk Asa’ari Mohd Yazid dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

6d156455-d078-4794-9717-18bac96a9ca6Selepas menitahkan lafaz perasmian, baginda berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat melawat Dewan Bicara mahkamah dan gerai pameran yang dianjurkan sempena majlis tersebut.

0a988fdb-54d6-4ade-9a2a-ef074af4c435

 

 

 

 

Mahkamah Syariah Seri Iskandar memulakan operasinya pada tahun 2005. Dikenali pada awalnya dengan nama Mahkamah Syariah Perak Tengah, ia berkongsi bangunan dengan beberapa jabatan kerajaan yang lain di Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah Kampung Gajah.

7ef82624-4aa1-46f3-be3e-7ff4868a1804Menyedari keperluan dan perkembangan semasa, kerajaan Negeri Perak telah meluluskan projek pembinaan bangunan Mahkamah Syariah yang baharu melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dengan kos sebanyak RM 6.5 juta.

Terletak bersebelahan Masjid Seri Iskandar, bangunan setinggi dua tingkat itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan mengetengahkan gabungan idea dari sistem mahkamah keluarga Australia dan Arab Saudi.

Mahkamah tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan teknologi audio visual yang digunakan untuk merakam secara langsung perbicaraan dalam dewan mahkamah.

26725213-7076-43ae-b480-6b349174736b
Untuk kemudahan pelanggannya, mahkamah tersebut mempunyai dua dewan bicara yang mendengar kes-kes syariah melibatkan bidang kuasa mahkamah rendah dan tinggi, selain bilik rundingcara dan mediasi.