LARUT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) kampung Perak, Batu Kurau di sini pada Khamis.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

WhatsApp Image 2017-04-20 at 12.27.58

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam ucapannya berkata sekolah yang dibina di atas tanah seluas 10.6 hektar itu memiliki 22 buah kelas dengan menempatkan 537 pelajar.

“Sekolah ini turut mempunyai 49 guru dan enam staf sokongan serta mula beroperasi sejak 1 Oktober 2013.

“Saya mendoakan sekolah ini terus maju dalam memenuhi matlamat pendidikan negara serta mampu berada sebaris dengan sekolah-sekolah unggul di Malaysia,” katanya ketika berucap.

WhatsApp Image 2017-04-20 at 12.28.02

Hadir sama pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ahli Parlimen Larut yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebaik melafaz titah perasmian, Sultan Nazrin turut telah berkenan berangkat menghadiri jamuan rakyat di padang sekolah berkenaan.

Lebih 2,000 penduduk sekitar telah hadir memeriahkan jamuan rakyat berkenaan dan tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.