IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan dua buku kitab yang diterbitkan oleh JAIPk iaitu Modul Fiqh Kesihatan dan Nailul Marram Fi Ghazawati Khairil Anam (Modul Jihad).

Seramai 73 orang menerima anugerah kecemerlangan yang diri daripada pelajar sekolah, guru dan pelajar dewasa yang mengikuti pengajian di masjid-masjid, selaras dengan konsep pengajian sepanjang hayat.