IPOH 30 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan berangkat menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2017 di Dataran Bandaraya Ipoh di sini malam ini.

Keberangkatan baginda bagi menyertai kayuhan sejauh 10 kilometer itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

IMG-20170831-WA0014

Antara laluan yang akan dilalui baginda bagi kayuhan itu termasuk Jalan Sultan Iskandar Shah, Dataran Stesen Keretapi, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Sultan Idris Shah, Bulatan Padang Polo dan Jalan Hospital.

IMG-20170831-WA0024

Kayuhan yang bermula pada pukul 9 malam itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

IMG-20170831-WA0019

IMG-20170831-WA0023

´┐╝Terdahulu, Sultan Nazrin turun berkenan melepaskan kira-kira 3,000 peserta yang membabitkan jarak kayuhan sejauh 25 kilometer.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara juga akan berangkat ke Sambutan Ambang Kemerdekaan 2017 peringkat negeri yang berlangsung di tempat sama.-UTUSAN ONLINE