PULAU PANGKOR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Teluk Raja Bayang di sini.

Baginda yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di pekarangan masjid pada jam 1.29 tengah hari.

Turut sama Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan anggota Exco kerajaan negeri.

Solat Jumaat itu telah diimamkan oleh imam Masjid Teluk Raja Bayang, Haji Omar Din.

Sebaik selesai solat, baginda telah bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah.