KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat mengunjungi bazar Ramadan di sini, hari ini.

Baginda berdua yang tiba kira-kira jam 5 petang turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakyat jelata.

Pasangan Diraja itu diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Datuk Shahrom Abd Malik.

Baginda berdua turut berkenan membeli beberapa juadah yang dijual di bazar Ramadan itu, sebelum berangkat pulang kira-kira 15 minit kemudian.

1/4