IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Negeri ke-13 Perak Darul Ridzuan yang bermula hari ini.

sidang dun

Istiadat pembukaan rasmi telah dimulakan sebaik Sultan Nazrin berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak diikuti dengan pemeriksaan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta diiringi oleh Pancaragam Polis DiRaja Malaysia Cawangan Kedah.

sidang dun 3

Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara kemudiannya berangkat ke Kamar Diraja diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Yang Dipertua Dewan Negeri, S. Thangeswary dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Baginda memulakan titah pembukaan mesyuarat pertama jam 10.10 pagi dengan mengupas pelbagai aspek di negeri ini.

Untuk mengikuti titah ucapan penuh Sultan Perak secara livestreaming sila layari laman web http://suaraperak.com/sidang-dun/