IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak bagi tahun 2018 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang turut sama Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu;Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Gazali Jalal, barisan Exco kerajaan negeri dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Sambutan bermula kira-kira jam 9 pagi dengan keberangkatan Sultan Nazrin, dikuti dengan lagu kebesaran negeri Perak.

Kemudian disusuli dengan Kawalan Kehormatan Utama

yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja 2 Divisyen yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Anuar Kaliman.

Ketua Kawalan Kehormat adalah Mejar Faizal Fadil manakala Pegawai Pembawa Panji-Panji, Leftenan Shafizan Senawi dan Sarjan Mejar Perbarisan, Pegawai Waran Satu, Amir Zaman Khan Rahmatullah Khan.

Pancaragam pengiring dari Pancaragam Brassband KD Pelanduk di bawah pimpinan Leftenan Mohd Izuan Mohd Isa.

Mejar Titan Abdul Wahab kemudiannya mengetuai bacaan doa diikuti deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawanku’ oleh Pegawai Laksana Kapal DiRaja Kinabalu, Leftenan Bakrishah Abdullah.

Jalur Gemilang kemudiannya dinaikkan semula sambil diiringi tiupan ‘Rouse’.

Sambutan di Dataran Bangunan Perak berakhir dengan lagu kebesaran negeri Perak dan keberangkatan Sultan Perak serta dif-dif jemputan ke majlis santapan di Dewan Bankuet.

1/5