IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada 331 pegawai masjid, imam dan bilal bagi daerah Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.

Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini.

Mereka yang menerima tauliah berkenaan terdiri daripada140 penerima dari daerah Kuala Kangsar, Gerik (108), Lenggong (55) dan Pengkalan Hulu (28).

Mereka menerima watikah pentauliahan selama tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

 

-BHONLINE