Kuala Lumpur: Mayat lelaki masih tidak dikenal pasti identiti ditemui dalam longkang berhampiran kedai makan di Kota Damansara, dekat sini, semalam.

Difahamkan, mayat itu dikesan jam 10 pagi selepas seorang pekerja kedai makan berhampiran di Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara menyedari air dalam longkang tersumbat sebelum menyuluh ke arah longkang berkenaan.

Pekerja terbabit terkejut apabila melihat mayat lelaki terbaring di tengah laluan longkang sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Polis kemudian meminta bantuan Balai Bomba Sungai Buloh untuk proses mengeluarkan mayat dari longkang berkenaan.

Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati keadaan mukanya menampakkan tengkorak dan bahagian bawah badan sudah hancur serta berulat.

Selain itu, tiada kesan kecederaan lain yang disyaki membabitkan elemen jenayah dikesan pada mayat berkenaan.

Polis juga tidak menemui dokumen pengenalan diri pada pakaian mangsa yang berusia 40-an itu – hmetro