IPOH – Sekumpulan Alumni Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Tet mengadakan kerjasama dengan Classic Moment Event mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 amal di Lost World of Tambun.

Pengerusi Penganjur, Sam Chan berkata, sebahagian keuntungan hasil jualan tiket tersebut akan disumbangkan kepada sekolah tersebut bagi tujuan pembangunan masa depan.

Katanya, ini merupakan usahasama pertama bersama taman tema Lost World of Tambun dengan membuat program ambang tahun baharu.

“Kita sasarkan jualan tiket sebanyak 15,000 keping dan sehingga kini 50 peratus sudah terjual. Jualan masih dibuka sehingga 31 Disember nanti.

“Program ini kita anjurkan untuk memberikan kelainan sambutan tahun baharu berkonsepkan kekeluargaan dengan gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai program tersebut di Hotel Lost World, di sini.

Sementara itu Guru Besar SJKC Sam Tet, Ng Tuck Mun berkata, program tersebut juga sudah mendapat kebenaran Kementerian Pelajaran untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, pemilihan Sam Tet disebabkan kesemua ahli Classic Moment Event adalah bekas murid sekolah tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi – sinar