BAGAN SERAI: Tiga maut, 11 cedera, termasuk lima parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail terbabas di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, pagi Ahad.

Kemalangan sekitar jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas SUV yang membawa 14 penumpang, kesemuanya warga Myanmar, terbabas sebelum melanggar penghadang tepi lebuh raya.

Enam daripada mangsa tercampak keluar dan terjatuh daripada jambatan pada ketinggian kira-kira 20 kaki (kira-kira tiga meter).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.34 pagi.

Katanya, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan enam buah ambulan Kementerian Kesihatan, sebuah ambulan Angkatan Pertahanan NGS Adan sebuah jentera EMRS JBPM

“Tiga mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.