Subscribe Now

Trending News

Syed Saddiq mengajak semua pihak berlapang dada terima kemaafan Zakir
Nasional

Syed Saddiq mengajak semua pihak berlapang dada terima kemaafan Zakir 

KUALA LUMPUR : Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak semua pihak untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya berlapang dada dalam isu melibatkan penceramah agama, Dr. Zakir Naik.

Beliau menerusi satu hantaran dalam akaun Instagram miliknya memberitahu, tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas daripada melakukan kesilapan.

“Beliau (Zakir) sudah minta maaf dan saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.

“Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu juga hendak menghina dan mencaci. Lupakan kisah lalu kerana negara memerlukan proses pemulihan,” katanya menerusi status dalam akaun Instagram miliknya di sini.

Dalam status itu, beliau turut memuat naik empat keping gambarnya bersama Zakir dalam pertemuan khas hari ini.

Syed Saddiq menambah, setiap bangsa di negara ini masing-masing mempunyai sumbang yang tersendiri.

“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama, jadi kami percaya dalam kesederhanaan terhadap ekstremis.

“Kesatuan kita adalah kekuatan kita. Oleh itu, mereka juga merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus meningkat masa depan kita bersama,” ujarnya.

 

Related posts