KAMPAR: Tabung Haji merancang untuk membina kompleks sendiri di Mekah dan Madinah bagi memudahkan umat Islam negara ini mengerjakan haji dan umrah.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah berada di Arab Saudi bagi melihat beberapa cadangan tanah yang akan dipajak selama 100 tahun.

c866dd27-feca-41b1-b815-ceb7ce849628Menurut beliau, cadangan tersebut adalah permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman baru-baru ini.

Beliau yakin, dengan usaha berterusan dan hubungan baik antara Perdana Menteri dan Raja Salman, Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah akan dapat direalisasikan.

“Insya Allah, dalam masa terdekat ini, kita akan pastikan tanah mana yang kita bersetuju dan kita akan memeterai perjanjian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan sumbangan kepada 1,000 asnaf dan golongan kurang bernasib baik sempena program Ziarah Ramadan Parlimen Kampar di sini pada Rabu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohammed Radzi Manan.

2ba5827f-c1bd-4000-836b-dbe2447e211aAbdul Azeez memberitahu, selain wang zakat RM7 juta daripada Yayasan Tabung Haji yang diagihkan kepada asnaf, UMNO turut menyumbang RM8 juta lagi untuk sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, kira-kira 121,000 umat Islam di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak menerima sumbangan itu, tanpa batasan politik.

Menurutnya, di Perak, lima parlimen di pilih untuk menerima sumbangan itu di mana setiap parlimen menerima RM300,000, iaitu Parlimen Kampar, Sungai Siput, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Lumut.

aa378b02-3a74-48b2-8ad1-fe7282062656Sementara itu, 1,500 asnaf dan golongan yang memerlukan di Sungai Siput menerima sumbangan mereka dalam majlis yang diadakan di Dewan Tun Sambanthan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, sumbangan itu dapat membantu mengurangkan beban kewangan penerima, tanpa mengira parti di dalam bulan Ramadan ini.

“Di sini ada orang PAS, PKR, Pribumi dan sebagainya yang menerima zakat dan sumbangan daripada Yayasan Tabung Haji dan UMNO,” ujarnya.