KERIAN: Taburan hujan luar biasa sehingga 128 milimeter (mm) di utara Perak khususnya Bukit Merah antara punca berlaku limpahan air yang membawa banjir di sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata taburan hujan itu sekaligus menyebabkan peningkatan paras air di empangan Bukit Merah dan Sungai Kurau sehingga melimpah.

mb banjir 1

“Dalam tempoh lima hari sahaja hujan di kawasan tadahan Bukit Merah telah mencecah sehingga 128mm berbanding pada 24 Mac iaitu 38mm malah pada 4 Mac lalu hanya 4mm.

“Lazimnya ketika ini di Perak merupakan musim panas, kering namun tidak kita jangkakan akan mendapat taburan hujan yang cukup-cukup lebat sehinga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Lalang, di sini pada Khamis.

mb banjir 3

Seramai 66 mangsa daripada 18 keluarga dari Tebok panchor dan Tanjung Bugis telah dipindahkan ke dewan berkenaan ekoran banjir kilat awal pagi tadi.
mb banjir 4
Justeru Dr Zambry memberitahu kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk kemasang dua pam bergerak di Kampung Padang Lalang serta mengaktifkan pam di Batu 38 serta 40 di kawasan terlibat.

“Kita juga akan mengurangkan paras air di Bukit Merah melalui terusan Selinsing serta meninggikan Ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Kampung Ban Pisang.

“Bagi jangka masa panjang pula untuk mengelak perkara sebegini berlaku kita akan membina pam kekal seperti dibawah Kampung Padang Lalang, Kampung Ban Pisang, Kampung Air Setenggok dan Kampung Sungai Gedong,” jelas beliau.