SELAMA – Lelaki warga Thailand yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kubu Gajah di sini, akhirnya ditemui pada jam 3 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Fauzi Razali berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terpinga-pinga dengan hanya berseluar pendek.

“Mangsa sempat beritahu yang dia tidak jumpa jalan keluar dan pada masa sama dia tidak mahu didekati.

“Mangsa dalam keadaan keliru dan anggota bersama rakannya memujuknya sehingga keluar,” katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya – sinar