IPOH – Konvoi 10 motosikal berkuasa tinggi ke majlis perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam nahas babit sebuah treler di Kilometer 264.4, Lebuh Raya Utara – Selatan arah Utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari, konvoi Blackhawk Bikers dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menuju ke Lenggong untuk meraikan majlis perkahwinan rakan mereka.

Mangsa, Badrul Hisham Yahya, 43, dari Kajang, Selangor menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati mangsa melanggar belakang sebuah treler bermuatan besi konkrit bangunan yang berhenti di lorong kiri.

-SinarHarian