Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan keterlibatannya terhadap dagangan mata wang antarabangsa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga menyebabkan kerugian berjumlah lebih RM30 bilion.

Beliau ketika membacakan keterangannya dihadapan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkata, Menteri Kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert tidak melaporkan kerugian yang dialami oleh BNM.

“Beberapa bulan seleas pembentangan di Parlimen, saya ada berjumpa dengan Anwar dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert di Pejabat Perdana Menteri, sekitar 1993.

“Bagaimanapun, saya tidak ingat angka RM30 billion disebut. Apa yang saya ingat ialah angka dalam lingkungan RM5 billion yang disebut. Malah saya juga hanya dimaklumkan secara lisan,” katanya.

Dr Mahathir adalah saksi ke-24 yang dipanggil RCI bagi menyiasat dalang disebalik kerugian BNM disamping menentukan samaada kes berkenaan perlu disiasat di mahkamah atau sebaliknya.

Bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam keterangannya kepada RCI berkata beliau mengetahui mengenai kerugian BNM sewaktu bertugas di cawangan bank pusat berkenaan di London.

Katanya, BNM mula berdagang forex pada 1988 dan rugi RM3.503 bilion setahun kemudian, namun mencatatkan keuntungan RM2.473 bilion pada1990 sebelum rugi RM31.506 bilion antara tahun 1991 hingga 1994 menjadikan jumlah kerugian keseluruhan bernilai RM32.506 bilion.

Dr Mahathir dalam keterangannya juga berkata beliau tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencampuri polisi, urusan dan pentadbiran BNM.

“Saya tiada pengetahuan peribadi berhubung cara ataupun butiran keuntungan atau kerugian terperinci mana-mana urusniaga mata wang asing yang dijalankan oleh BNM semasa menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Selesai memberi keterangan dihadapan ahli panel, Dr Mahathir kemudiannya memberikan ‘keterangan’ tambahan kepada penggiat media di lobi Istana Kehakiman, Putrajaya.

Kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan itu, penubuhan RCI menyiasat kerugian BNM bertujuan untuk merosakkan namanya.

“Ia hanya untuk mencari cara menunjukkan saya buruk di mata rakyat. Yang pada zaman saya dulu, ada juga wang dicuri.

“Itu tujuan mereka, tetapi saya takut mereka tidak dapat capai objektif mereka untuk menampakkan seperti ia kleptokrasi,” katanya.

Kenyataan Dr Mahathir kepada panel RCI dipertikaikan blogger/penganalisis politik Lim Sian See ekoran keteragannya sekadar berbentuk penafian.

“BNM judi, lesap (rugi) RM33 bilion, telah bankrap, dibail-out saham kerajaan masa dia (memerintah). Tun M kata semua tak tahu.

“(Isu) 1MDB, dia semua tahu,” kata LSS sinis.

– mD