KAMPAR: Hujan lebat selama beberapa jam di Kampar telah menyebabkan taman perumahan Kampar Perdana dilanda banjir kilat pada Isnin malam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata hujan lebat sejak 5 petang telah menyebabkan air dari Sungai Kampar naik dan melimpah ke taman tersebut.‎

“Air limpahan berpunca dari sungai Kampar yang mengalir masuk ke parit berdekatan dan terus ke perumahan taman itu.

“Air sedalam 0.3 meter memenuhi jalan raya sekitar taman berkenaan dan ada yang memasuki kawasan rumah sekitar 7 malam.

“Namun air telah surut sepenuhnya sejam kemudian lebih kurang 8.30 malam,” katanya.

banjir-2Tambah beliau lagi pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari masa ke semasa.