IPOH: Golongan belia di negeri Perak diminta melakukan penambahbaikan diri dan kebolehan masing-masing bagi mencerahkan lagi peluang kerjaya mereka.

126b6e23-be05-42d6-97be-ad452c68bc97Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, dewasa ini, kebanyakan majikan lebih gemar mencari pekerja yang mempunyai pelbagai kebolehan (multi tasking).

Menurut beliau, memiliki sijil sahaja belum boleh menjamin seseorang mendapat pekerjaan yang diinginkan.

“Sangat penting untuk kita mempunyai nilai tambah kerana majikan mahukan pekerja yang terbaik,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO) 2017 di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA), Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi.

b4a56c70-5e76-4181-aced-38ab71fa162c

Shahrul Zaman berkata, selain daripada kelulusan dan kebolehan yang ada, beliau juga perlu mempunyai skil komunikasi yang baik.

“Pakejkan diri anda dengan pelbagai kebolehan dan kelebihan untuk memasuki sektor pekerjaan yang semakin mencabar,” ujarnya.

Sebanyak 34 buah syarikat, tujuh Institusi Pengajian Tinggi dan dua agensi mengambil bahagian di dalam karnival tersebut yang menawarkan hampir 2,000 peluang pekerjaan.