KUALA LUMPUR : Tambahan jemaah solat berjemaah akan diputuskan Sabtu ini bersama dengan operasi di kedai gunting rambut, salon kecantikan dan pasar malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum kebenaran diberikan.

“SOP kedai gunting, salon kecantikan dan pasar malam, kita minta dibentangkan pada Sabtu ini.

“Begitu juga sembahyang berjemaah dengan (ada) cadangan meminta dibenarkan mengikut keluasan masjid. Seperti masjid di Putrajaya kalau buat penjarakan satu meter boleh muatkan lebih 100 orang.

“Bagaimanapun, perkara ini kita serahkan kepada Menteri (di Jabatan Perdana Menteri) Hal Ehwal Agama bentangkan pada Sabtu,” katanya pada sidang media di Putrajaya dekat sini, hari ini.