IPOH: Beberapa kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dikesan berlaku di Gunung Kenderung di Gerik akibat hujan dan hakisan tanah, terutama di laluan trek mendaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata kejadian tanah mendap turut berlaku di kawasan perkhemahan hingga kawasan itu rosak teruk manakala laluan masuk ke kawasan itu mengalami runtuhan dan tidak boleh dilalui.

“Gunung Kenderung tidak selamat untuk aktiviti pendakian buat masa ini kerana berisiko tinggi.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Gerik untuk perhatian dan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak yang berkenaan tidak memberi kebenaran kepada pendaki untuk mendaki gunung itu atas faktor keselamatan kerana kawasan itu berisiko tinggi- berita harian