GERIK – Pengguna laluan Jalan Raya Timur Barat diminta berhati-hati berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 46, kira-kira lima kilometer dari Tasek Banding, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.52 malam itu menyebabkan satu laluan ditutup.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, sebatang pokok tumbang merintangi laluan berserta gelinciran tanah di tebing bukit.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pembersihan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik sedang dijalankan,” katanya.

-Sinarharian