KUCHING: Aktivis politik Peter John Jaban menempelak mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin kerana merujukkan Malaysia sebagai “Tanah Melayu” dengan berkata, beliau sama ada memperlihatkan kejahilannya atau dengan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian penting persekutuan Malaysia.

FMT melaporkan, Jaban berkata, Asri membodohkan dirinya sendiri dengan kenyataan itu dan melukakan perasaan penduduk Sabah dan Sarawak.

Beliau mempersoalkan sama ada mufti berkenaan maklum tentang Perjanjian Malaysia 1963 dan orang Dayak merupakan penduduk majoriti negeri Borneo.

Jaban, yang mengetuai gerakan yang dinamakan Sarawak for Sarawakians mendakwa bahawa orang Melayu Sarawak sendiri tidak mahu diidentifikasikan dengan orang Melayu semenanjung.

“Mereka sentiasa merujuk diri mereka sebagai orang Sarawak,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan negeri supaya melarang Asri daripada masuk ke Sarawak.

Peter John Jaban.

Asri membuat kenyataan itu dalam satu majlis kuliah baru-baru ini. Beliau menaikkan rakaman video majlis berkenaan di Facebooknya pada Khamis.

Beliau mengkritik pihak yang tidak mengakui orang Melayu merupakan kelompok dominan di Malaysia dengan berkata, tidak boleh dinafikan bahawa di setiap negara di dunia terdapat kaum dominan.

““Saya bukan perkauman, tapi itu rasionalnya. Tapi kalau orang kata oleh kerana Melayu dominan, kita mesti tindas kaum lain. Itu kita lawan. Kita menentang penindasan,” katanya.

Jaban berkata, isu melibatkan kaum, agama dan kesetiaan tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

“Inilah sebabnya rakyat Sabah dan Sarawak tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya, selain menambah bahawa penduduk pribumi di 2 negeri itu berhak untuk mendapat kebebasan kendir