BOTA: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memuji Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang kerana mendapat anugerah tempat kedua tandas bersih di Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

Beliau turut memuji sekolah berkenaan kerana telah pun menanam 301 pokok Gaharu.

“Ini merupakan satu contoh yang baik dan saya ingin melihat agar sekolah-sekolah sentiasa bersih dan hari ini mereka menjemput saya walaupun tidak ada dalam jadual, saya pergi tengok dan memang ada kelas yang tersendiri tandas itu,” katanya.

Dr. Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Seni Budaya Negeri Perak dan Dewan JKKK Kampung Teluk Kepayang, Bota pada Khamis.

Katanya lagi, apa yang istimewa apabila melangkah masuk ke tandas sekolah berkenaan ia disediakan bilik rehat.

“Didalamnya amat menarik kerana terdapat ¬†hiasan lukisan ¬†yang menarik,” ujarnya.