Subscribe Now

Trending News

Tangan Remaja Tersepit Rim Motosikal
Dalam Negeri

Tangan Remaja Tersepit Rim Motosikal 

IPOH – Seorang remaja perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam apabila pergelangan tangan kirinya tersepit di rim belakang selepas motosikal diboncengnya bersama rakan terbabas di Jalan Jelapang, Kawasan Perindustrian Taman Meru di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun tersebut membonceng bersama rakannya sebelum motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang mereka terbabas sebelum kedua-dua mereka terjatuh dan tangan kiri mangsa tersepit di rim motosikal.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Muhammad Izawawi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 6.51 pagi sebelum lima anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, anggota mendapati tangan kiri mangsa masih tersepit di rim belakang motosikal.

“Orang awam cuba mengeluarkan tangan mangsa sebelum anggota tiba namun tidak berhasil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Related posts