Seorang warga wanita di percayai warga Vietnam berusia 20-an di percayai isteri mangsa pembunuhan di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru kelihatan, menyempurnakan acara keagamaan di tempat kejadian.

Wanita itu hadir dengan ditemani oleh seorang lagi wanita di percayai kakaknya pada kira-kira 4.50 petang, turut bersama beliau dua orang sami .

Mengikut kepercayaan agama mereka upacara itu diadakan bagi tujuan supaya roh mangsa ditinggalkan dalam keadaan aman, upacara itu berlangsung kira-kira 15 minit

Sepanjang upacara itu dilakukan, isteri mangsa kelihatan mengalirkan air mata di lokasi kejadian.

Upacara berakhir kira-kira 5.15 petang dan isteri mangsa kelihatan tergesa-gesa meninggalkan stesen minyak berkenaan.

Sementara itu, bercerita mengenai kejadian yang berlaku, seorang orang awam yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu tentang insiden itu yang berlaku di stesen minyak yang sering dilaluinya.
“Bila anak tunjuk video, saya tengok dan terkejut kerana kejadian itu berlaku secara terbuka dan di tempat yang sering saya lalu.

“Walaupun kejadian seumpama ini baru berlaku sekali, tetapi ia cukup menakutkan. Sebagai orang awam, kita sentiasa selalu berwaspada kerana jenayah berlaku tidak kira tempat.

“Kita tidak boleh jangka orang di sekeliling kita itu baik atau jahat,” kata wanita berusia 60 tahun itu.

Sumber: Harian Metro