IPOH: Laluan ke utara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum dan selepas Terowong Menora terkandas lebih 12 kilometet disebabkan sebuah tanker minyak terbalik di Kilometer 256 lebuhraya berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu apabila keempat-empat tayar belakang tanker yang membawa diesel itu tercabut menyebabkannya terbalik.

Pemandu dan kalendan tanker tidak mengalami kecederaan serius.

Pihak PLUS terpaksa menutup satu lorong arah selatan bagi memberi laluan kenderaan yang hendak ke utara meneruskan perjalanan.

Sehingga jam 11.30 pagi ini kerja-kerja pembersihan masih dilakukan pihak PLUS dan bomba.

 

 
Pegawai Bomba Kanan 2 dari Balai Bomba Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken memberitahu, sebuah jentera dengan lima bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Pihak PLUS telah menyediakan serbuk kayu untuk mengelakkan minyak daripada terus mengalir di atas jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pihak PLUS juga telah mengarahkan kenderaan yang ingin ke utara mengikut jalan lama Ipoh – Sungai Siput – Kuala Kangsar.
Click here to Reply, Reply to all, or Forward