PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad sedia mengkaji permohonan pemilik tanah Kampung Baru yang mahu tawaran pembelian dibuat pada harga minimum RM1,000 satu kaki persegi.

Khalid berkata pihaknya akan mengkaji sama ada harga yang dicadangkan itu berpatutan dan kebolehlaksanaan projek pembangunan Kampung Baru masih kekal.

Ini kerana harga tawaran asal, iaitu sebanyak RM850 satu kaki persegi, berdasarkan penilaian dan daya boleh laksana projek.

FMT melaporkan kerajaan akan pertimbangkan permohonan tersebut

Kerajaan menawarkan RM850 satu kaki persegi pada sesi townhall bersama lebih 3,000 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada 21 September lalu.

Katanya, purata plot tanah di situ boleh sampai 8,000 kaki persegi, dan tawaran RM850 itu merupakan kadar tertinggi yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.